1. Pastikan Kilang Jahit yang mempunyai no. pendaftaran perniagaan dan mempunyai premis perniagaan. Ini sebagai langkah keselamatan supaya anda tidak ditipu terutama oleh pihak orang tengah.
2. Pastikan Harga tepat (Upah) untuk setiap tempahan. Cara paling mudah adalah dengan menyediakan contoh design & spesifikasi lengkap untuk tempahan yang hendak dibuat. Contohnya, jenis/kualiti jahitan, bentuk potongan, jenis & kuantiti butang serta banyak lagi. Kilang yang bagus akan menyediakan “confirmation design” secara bertulis dan sampel fizikal yang telah siap.
3. Pastikan tempoh masa untuk setiap tempahan disiapkan. Ini sangat penting supaya setiap perancangan yang dibuat oleh pemilik bisnes berjalan lancar. Setiap kilang jahit mempunyai jumlah kapasiti pengeluaran yang berbeza.
4. Kebiasaanya, Kilang Jahit Pukal akan menyediakan sampel terlebih dahulu sebelum meneruskan jahitan secara pukal. Ini bagi memastikan tempahan yang dihasilkan adalah sama seperti apa yang dibincangkan & dipersetujui.
5. Pastikan Kilang Jahit mempunyai peralatan yang lengkap & tenaga kerja yang mencukupi. Ini bagi menjamin tempahan dapat disiapkan seperti dijanjikan.
6. Pastikan Kilang Jahit mempunyai pelukis polar atau “Master cutter” yang berpengalaman. Ini boleh membantu setiap saiz tempahan & hasilnya dapat dipenuhi. Masalah kesilapan saiz & potongan ukuran sering berlaku sekiranya pelukis polar adalah tidak berpengalaman.
7. Sekiranya Kilang Jahit turut membekalkan kain & material, pastikan material yang dibekalkan mempunyai warna & kualiti seperti yang anda inginkan. Sering berlaku material yang dibekalkan tidak memenuhi spesifikasi yang dibincangkan, setelah tempahan siap dijahit.
8. Pastikan Terma dan Syarat yang digunakan bagi setiap kilang yang dipilih. Sesetengah kilang mempunyai syarat-syarat tertentu, contohnya seperti berkaitan pembayaran. Pastikan ada dokumen seperti invois atau resit untuk setiap pembayaran. Ini mengelakkan sebarang penipuan.

Kami adalah sebuah syarikat yang mempunyai “production” jahit pukal sendiri dan kami mampu menerima tempahan jahit pukal T-Shirt, Uniform, Baju Fesyen & Tudung.
Sebarang pertanyaan berkenangan Kilang Jahit boleh hubungi 017-2290994.
LOKASI SHOWROOM
Mafeya Apparel
OH!T-Shirt (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
21, Jalan Keluli AP7/AP,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)

Antara pelanggan kami yang terdiri daripada agensi kerajaan & swasta yang telah menggunakan perkhidmatan Oh! T-Shirt.

























Soalan-soalan yang biasa ditanya oleh pelanggan-pelanggan kami.
Kami menyediakan perkhidmatan printing baju custom dengan pelbagai pilihan material, design dan teknik cetakan mengikut keperluan pelanggan. Tempahan sesuai untuk family day, program korporat, reunion, sukan dan organisasi yang memerlukan pakaian seragam berkualiti serta lebih profesional.
Kami menyediakan perkhidmatan printing baju untuk pelanggan individu, syarikat, sekolah, universiti dan organisasi di seluruh Malaysia. Daripada tempahan kecil sehingga pukal, setiap order diuruskan dengan lebih teliti bagi memastikan hasil printing, sulaman dan jahitan lebih kemas serta berkualiti. Team kami juga membantu pelanggan memilih material dan teknik printing yang sesuai mengikut bajet serta keperluan tempahan.
Menyediakan servis printing t-shirt, uniform korporat, jersey sublimation dan custom apparel untuk pelbagai jenis tempahan di seluruh Malaysia. Dengan pilihan material berkualiti dan teknik printing moden seperti silk screen, heat press serta embroidery, setiap tempahan dihasilkan dengan lebih kemas dan tahan lama. Team kami turut membantu pelanggan memilih produk serta jenis cetakan yang sesuai mengikut bajet dan kegunaan tempahan.
Printing jersey sublimation menjadi pilihan popular untuk sukan, event, esports dan aktiviti berkumpulan kerana menghasilkan cetakan full print yang lebih terang, tahan lama serta selesa dipakai. Kami menyediakan pelbagai pilihan jersey custom dengan design moden mengikut keperluan pelanggan. Teknik sublimation sesuai untuk tempahan pasukan sekolah, syarikat, futsal, badminton, marathon dan pelbagai jenis apparel sukan custom di seluruh Malaysia.
Kami membekalkan pelbagai pilihan cenderahati korporat dan merchandise promosi untuk seminar, event, syarikat, universiti dan program rasmi. Antara produk yang disediakan termasuk lanyard, plaque, medal, trophy, tote bag, gift set dan pelbagai barangan custom logo. Setiap produk boleh disesuaikan mengikut konsep program, identiti syarikat dan bajet pelanggan bagi menghasilkan hadiah korporat yang lebih eksklusif serta profesional.