Berapa minimum order untuk tempahan printing t-shirt?
Minimum order bergantung kepada jenis produk dan teknik printing yang dipilih. Kebiasaannya tempahan bermula sekitar 20 hingga 30 helai untuk satu design.
Berapa lama tempoh siap tempahan?
Kebiasaannya tempahan siap dalam anggaran 7 hingga 14 hari bekerja selepas artwork dan pembayaran deposit disahkan. Tempoh mungkin berubah mengikut kuantiti serta jenis tempahan
Boleh buat design custom sendiri?
Ya. Anda boleh menghantar design sendiri, logo, gambar rujukan atau idea kepada team kami untuk proses semakan dan penyediaan mockup sebelum production dijalankan.
Jenis printing apa yang sesuai untuk baju?
Ia bergantung kepada jenis fabrik, kuantiti dan rekaan. Kami menyediakan silk screen, heat press, sublimation dan embroidery mengikut kesesuaian tempahan pelanggan.
Boleh cetak nama dan nombor berbeza?
Ya. Kami menerima tempahan nama individu, nombor, jabatan atau posisi berbeza terutamanya untuk jersey, uniform syarikat dan pakaian event.
Adakah anda menerima tempahan express atau urgent?
Ya, kami menerima tempahan express bergantung kepada jenis produk, kuantiti dan jadual production semasa. Caj tambahan mungkin dikenakan untuk tempahan segera.
Boleh tempah untuk syarikat atau agensi kerajaan?
Ya. Kami berpengalaman menguruskan tempahan daripada syarikat swasta, sekolah, universiti, NGO dan agensi kerajaan untuk pelbagai jenis pakaian serta cenderahati korporat. Kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Adakah anda menyediakan penghantaran seluruh Malaysia?
Ya. Tempahan boleh dihantar ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan kurier yang sesuai mengikut lokasi pelanggan.
Bagaimana cara mendapatkan sebut harga?
Anda hanya perlu menghantar jenis produk, kuantiti, design dan tarikh diperlukan melalui WhatsApp atau datang terus ke showroom kami di Seksyen 7 Shah Alam. Team kami akan menyediakan quotation berdasarkan spesifikasi tempahan anda.
Boleh datang terus ke showroom?
Ya. Anda boleh walk in ke showroom kami di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor untuk melihat sample produk, memilih material dan berbincang terus bersama team kami mengenai tempahan yang diperlukan.